KELEBIHAN BULAN
MUHARRAM (Bulan Pertama Tahun Hijrah)
Oleh : Hj Awang Hat Hj
Mohd Noor , B.A (Hons) Hashemite Kingdom Of Jordan.
Berpuasa
dalam bulan Muharram adalah amat dituntut, terutama di hari kesepuluh, atau
disebut hari 'Ashura. Rasulullah s.a.w. telah dilaporkan telah bersabda apabila ditanya tentang doa
apakah yang lebih baik selepas doa wajib, jawab Baginda : "Doa di tengah
malam." Baginda telah ditanya sekali lagi puasa manakah yang lebih baik
daripada puasa sepuluh akhir Ramadhan. Beliau menjawab: "Puasa di dalam
bulan yang dipanggil Bulan Muharram." (Ahmad, Muslim, dan Abu Daud)
Hadis
ini menunjukkan dengan jelas galakan berpuasa di dalam bulan Muharram
berbanding di bulan-bulan yang lain.. Nabi (s.a.w.) bagaimanapun, menekankan
puasa hari kesepuluh, 'Ashura. Perkataan "`Ashura" adalah berasal
daripada `Ashara, bilangan yang kesepuluh. Suatu hari yang amat bermakna dalam
hidup nabi Isa a.s.
Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (r.a.) apabila Rasulullah
(s.a.w.) berada di Madinah, baginda mendapati kaum bani Israel berpuasa pada
hari 'Ashura. Baginda bertanya mengapa
mereka melakukan sebegitu. Mereka sahut bahawa ia adalah satu hari yang baik,
hari yang Allah menyelamatkan Nabi Musa (a.s.) dan bani
Israel daripada musuh mereka. Sebagai menyatakan rasa syukur mereka,
maka mereka berpuasa.
Nabi
(s.a.w.) lalu bersabda: "saya lebih berhak lagi untuk berbuat demikian
" Baginda telah berpuasa pada hari
tersebut dan memerintahkan para sahabat
untuk berpuasa." (Hadis Muttafaq alaih)
Hadis
ini menunjukkan bahawa Nabi (s.a.w.) adalah penyambung kepada risalah Nabi Musa (a.s.) serta nabi-nabi yang lain.
Kalau diperhatikan amalan solat contohnya, dilakukan hari ini adalah
rentetan ibadat nabi-nabi terdahulu.
Begitu juga amalan puasa dan disabdakan nabi sebaik-baik puasa adalah amalan
puasa nabi Daud a.s.
Diriwayatakan
oleh ibnu Abbas dalam satu hadis lain Rasulullah mendapati para sahabat
berpuasa pada sepuluh Muharram lalu baginda bertanyakan mereka kenapa berbuat
demikian. Mereka menjawab: ini adalah hari nabi Musa dan kami amat menghormati
hari ini dan Musa. Lalu Baginda bersabda: Wahai Ummatku! Jika Allah panjangkan
usia saya pada tahun hadapan nescaya saya akan berpuasa pada hari tasu`aa ( 9
Muharram) dan `Ashuraa sekali gus. Ini adalah untuk menyalahi kaum Yahudi dan
menyatakan rasa saying kepada Musa a.s.Tetapi Baginda telah wafat sebelum
sempat masuk bulan Muharram tahun berikutnya.
Para
ulama telah bersepakat menyatakan bahawa amalan puasa di Bulan Muharram
disunatkan pada hari-hari berikut:
Sama-samalah
kita semarakkan cinta raikan hari kebesaran islam ini dengan amalan-amalan
sunat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Barangsiapa bermurah hati membelanjakan keluarganya pada hari `asyura Allah akan bermurah hati memurahkan rezekinya
setahun berikutnya- alhadis.